Senarai_Pesuruhjaya_Tinggi_United_Kingdom_ke_Tanah_Melayu

Pada tahun 1896, jawatan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dicipta; Pesuruhjaya Tinggi itu mewakili Kerajaan British dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sebuah persekutuan empat buah negeri naungan British di Tanah Melayu. Kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi adalah King's House (kini sebahagian daripada sebuah hotel, Carcosa Seri Negara), terletak di Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu. King's House berfungsi sebagai tempat yang penting untuk orang kenamaan diraja dan tetamu kehormat. Gabenor Negeri-negeri Selat sentiasa menjadi ex-officio Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; kediaman rasmi Gabenor adalah di Singapura, ibu negeri Negeri-negeri Selat, dan dikenali sebagai Rumah Kerajaan (kini Istana, kediaman rasmi Presiden Singapura).Dalam setiap lima buah negeri yang dilindungi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor (biasanya dirujuk sebagai 'Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu'), kerajaan British diwakili oleh Penasihat: Penasihat kepada Kerajaan Perlis; Penasihat kepada Sultan Kedah; Penasihat kepada Kerajaan Kelantan; Penasihat, Trengganu; dan Ketua Penasihat kepada Kerajaan Johor.Negeri-negeri Selat telah dibubarkan pada tahun 1946. Singapura menjadi tanah jajahan mahkota dalam hak sendiri. Negeri-negeri Selat yang (iaitu Pulau Pinang dan Melaka) telah digabungkan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor untuk membentuk Malayan Union, tanah jajahan mahkota lain. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor harus menyerahkan kuasa mereka ke United Kingdom, sekali gus menjadikan wilayah ini menjadi tanah jajahan British. Tanah jajahan mahkota baru Malayan Union diketuai oleh Gabenor – Gabenor Malayan Union.Pada tahun 1948, kerajaan British mengembalikan kuasa kepada raja-raja, dan Malayan Union telah berubah menjadi Persekutuan Tanah Melayu – sebuah persekutuan negeri-negeri naungan dan jajahan mahkota (Pulau Pinang dan Melaka kekal jajahan mahkota sepanjang era Malayan Union). Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu.Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, kedudukan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu sebagai ketua negeri de facto telah digantikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Tanah Melayu, yang dilantik oleh raja-raja daripada sembilan negeri-negeri Melayu. Gelaran 'Pesuruhjaya Tinggi' menjadi diplomat British kanan di Tanah Melayu yang merdeka (dan kemudian di Malaysia), perkara biasa di negara-negara Komanwel.