Muzik Senarai_anugerah_dan_pencalonan_yang_diterima_oleh_Siti_Nordiana

Anugerah ERA

Pertama kali dianjurkan pada tahun 2001, Anugerah Era merupakan majlis anugerah yang diadakan oleh stesen radio Era[1] setiap tahun dari 2001 sehingga 2007. Anugerah ini tidak diadakan bagi tahun 2008 dan 2009. Artis telah diundi melalui SMS, panggilan telefon, dan juga melalui borang dalam talian dan manual, yang boleh difaks atau dihantar kepada ibu pejabat mereka.[2] Untuk anugerah ini, penyertaan Siti Nordiana hanya terhad kepada satu kategori untuk edisi penganjuran sulung anugerah ini.

TahunAnugerahPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusanRuj.
2001Anugerah Era 2001"Bakawali"
duet bersama Syura
Lagu Etnik/Global Pilihan TerbaikTercalon[1]

Anugerah Industri Muzik

Anugerah Industri Muzik (AIM) merupakan acara tahunan yang setara dengan Anugerah Grammy yang mengiktiraf artis Malaysia.[3] Untuk anugerah ini, penyertaan beliau juga terhad kepada satu kategori untuk penganjuran AIM edisi ke-9.

TahunAnugerahPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusanRuj.
2002Anugerah Industri Muzik ke-9Firus
duet bersama Syura
Album Pop Etnik TerbaikTercalon

Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan acara tahunan yang mengiktiraf komposisi muzik lagu yang berdasarkan kerjasama tiga pihak - penulis lirik, penggubah lagu dan penyanyi. Program mingguannya akan mengumpulkan perseorangan dan lagu-lagu pencalonan daripada pelbagai artis yang mana mereka akan bersaing sehingga lagu-lagu mereka akan dimasukkan sebagai finalis sebelum akhirnya dicalonkan untuk dinilai oleh juri profesional.

TahunAnugerahPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusanRuj.
2019Anugerah Juara Lagu ke-33"Nisan Cinta"
duet bersama Jaclyn Victor
TerbukaTercalon
2022Anugerah Juara Lagu ke-36"Angkara"TerbukaTercalon

ERA Digital Muzik Awards

Pertama kali dianjurkan pada 2017, ERA Digital Muzik Awards mengiktiraf bakat artis tempatan yang menggunakan media sosial dan platform digital untuk melangkah lebih jauh dan mengembangkan bakat mereka dalam industri hiburan tanah air.[4] EDMA telah diiktiraf sebagai anugerah Malaysia pertama yang menggunakan platform digital sepenuhnya.[5] Untuk edisi ketiga anugerah ini, penyertaan beliau juga terhad kepada satu kategori.

TahunAnugerahKategoriKeputusanRuj.
2018ERA Digital Muzik AwardsTemubual Terbaik Carta ERA 40Tercalon

Mentor

Mentor ialah pertandingan nyanyian oleh TV3 yang mana artis yang berjaya akan mengambil salah satu anak didik masing-masing untuk mengajar dan melatih mereka untuk menjadi penyanyi yang lebih baik. Siti Nordiana membimbing anak didiknya, Zaaim Abdullah sehingga berjaya dinobatkan juara.

TahunPenerima/Karya tercalonAnugerahKeputusanRuj.
2018Mentor (Musim Ketujuh)Menang[6]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_anugerah_dan_pencalonan_yang_diterima_oleh_Siti_Nordiana http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.era.fm/oap/07/ae07/utama/mengundi.asp http://www.astrogempak.com.my/artikel/4052/astro-a... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/sejara... http://apo.mstar.com.my/utama.aspx http://www.nib.com.my/archives/text/view/4556179?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/47947250?... http://www.nst.com.my/life-times/live/vote-for-you... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/top-hot-2017... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt...