Senarai_episod_Siri_Pokémon_Black_&_White

Pokémon Black & White adalah musim keempat belas siri anime Pokémon, meliputi pengembaraan protagonis siri ini Ash Ketchum apabila dia mengembara ke wiliyah baru Unova. Di Jepun, ini adalah bahagian pertama Pocket Monsters: Best Wishes! (ポケットモンスタ- ベストウイッシュ, Poketto Monsutā Besuto Uisshu, bermaksud "Pocket Monsters: Best Wish") . Ia asalnya disiarkan di Jepun dari 23 September 2010 hingga 15 September 2011 di TV Tokyo, dan di Amerika Syarikat dari 12 Februari 2011 hingga 7 Januari 2012 di Cartoon Network. Ia disiarkan di Malaysia pada 27 Februari 2017 di TV9. Takeshi dan Hikari telah meninggalkan siri ini dan Ash disertai oleh seorang jurulaith perempuan yang baru bernama Iris dan seorang jurulatih lelaki yang baru bernama Cilan. Sindiket jahat Pasukan Roket mempunyai peranan dalam siri ini, dan Jessie, James, dan Meowth telah dinaikkan pangkat. Lagu pembuka Bahasa Jepun ialah "Best Wishes!" (ベストウイッシュ!, Besuto Uisshu!) oleh Rika Matsumoto. Lagu penutup pula adalah "Fanfare of the Heart" (心のファン-レ, Kokoro no Fanfāre) oleh Aki Okui bermula dari episod 3 semasa siaran asal dan bermula dari episod 1 di DVD, dan "Can You Name All the Pokemon? BW" (ポケモン言えるかな? BW, Pokémon Ierukana? BW) oleh Takeshi Tsuruno. Lagu pembuka Bahasa Inggeris adalah "Black and White" oleh Erin Bowman dan Joe Philips.

Senarai_episod_Siri_Pokémon_Black_&_White

Negara asal Jepun
Rangkaian asal TV Tokyo (2010-2011)
Cartoon Network (2011-2012)
TV9 (2017-???)
Keluaran asal 23 September 2010 (2010-09-23) –
September 15, 2011 (2011-09-15)
Bil. episod 48
2 (tidak disiarkan)