Senarai_gelaran_Cheteria

Berikut adalah senarai gelaran-gelaran Cheteria, golongan pembesar diraja Brunei yang berkedudukan di bawah Wazir dan di atas Manteri. Cheteria mempunyai hierarki berdasarkan sistem Empat Lipatan, namun terdapat juga kedudukan tambahan iaitu Kepala Cheteria yang berkedudukan di atas sekali, serta Cheteria-Cheteria Tambahan iaitu di bawah Cheteria Empat dan Cheteria Enam Belas atau Cheteria Pengalasan Besar. Kedudukan Cheteria hanya diberikan kepada orang-orang yang berketurunan Pengiran, oleh itu gelaran Cheteria sentiasa dimulai dengan "Pengiran". Rujukan kehormat bagi seseorang Cheteria ialah "Yang Amat Mulia".