Wazir_(Brunei)
Wazir_(Brunei)

Wazir_(Brunei)

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
di Brunei
Wazir merupakan salah satu golongan pembesar diraja di Brunei, yang mana kedudukannya adalah tertinggi dalam susunan pembesar diraja selepas Sultan. Dalam sejarah Brunei, khususnya dalam era sebelum kedatangan dan seterusnya di bawah naungan British, wazir telah berperanan sebagai individu kanan Sultan dalam pentadbiran kerajaan ketika itu.Wazir terdiri daripada seorang Kepala Wazir, iaitu Perdana Wazir, sebagai ketua wazir, dan empat orang Wazir Empat di bawahnya, iaitu Bendahara, Di-Gadong, Pemancha dan Temenggong.