Bendahara

Bendahara merupakan satu jawatan pentadbiran dalam kerajaan klasik Melayu sebelum kedatangan kuasa barat pada abad ke-19. Bendahara dilantik oleh Sultan dan merupakan jawatan yang diwarisi. Jawatan ini dipegang oleh keluarga Bendahara. Bendahara dan Sultan berkongsi jurai keturunan yang sama. Pada masa ini, Bendahara digunakan di Brunei sebagai gelaran pembesar diraja bertaraf wazir, iaitu golongan tertinggi selepas Sultan.