Terasul Wazir_(Brunei)

Rencana utama: Terasul

Gelaran

Pada asasnya gelaran bagi Kepala Wazir adalah 'Perdana Wazir' dan bagi Wazir Empat 'Bendahara', 'Di-Gadong', 'Pemancha' dan 'Temenggong'. Walau bagaimanapun, memandangkan wazir-wazir biasanya dipilih daripada golongan Pengiran, khususnya kerabat diraja dan Pengiran Bertaras, gelaran tersebut sentiasa didahului oleh 'Pengiran'. Juga, gelaran wazir telah dipanjangkan dengan ditambah beberapa perkataan selepas gelaran asas. Oleh itu, gelaran penuh wazir-wazir adalah seperti berikut:[3][4][5]

  • Kepala Wazir:
    • Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar
  • Wazir Empat:
    • Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura
    • Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal
    • Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah
    • Pengiran Temenggong Sahibul Bahar

Rujukan kehormat

Individu yang dipilih menjadi wazir mempunyai rujukan hormat tertentu yang mana dalam hal surat-menyurat ianya mendahului gelaran dan nama wazir tersebut. Rujukan kehormat bagi wazir ditentukan sama ada ianya terdiri daripada putera Sultan yang gahara atau tidak. Bagi wazir putera Sultan gahara, ianya adalah 'Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri', manakala selain daripada itu, ianya dirujuk dengan 'Yang Teramat Mulia Seri Paduka', iaitu tidak memasukkan 'Duli' dan menukar 'Paduka Seri' menjadi 'Seri Paduka'.[3]