Pengurniaan Wazir_(Brunei)

Mengikut Bab 2 (1) Pemasyhuran Mengangkat dan Melantik Pemangku Raja 1959, wazir hanya dipilih daripada golongan kerabat Diraja Bertaras, iaitu mana-mana putera kerabat diraja yang gahara.[6] Perlantikan seseorang menjadi wazir serta pengurniaan gelaran yang berkaitan dilaksanakan dalam suatu upacara yang dipanggil 'mengarak'.[2]

Pada masa ini, hanya tiga sahaja kedudukan wazir yang sedang diisi, iaitu Perdana Wazir, Bendahara dan Di-Gadong. Mereka terdiri daripada kerabat diraja Brunei, iaitu khususnya saudara lelaki Sultan Hassanal Bolkiah sendiri.

WazirPenyandangNama penuh dengan terasul
Perdana WazirPengiran Muda Mohamed BolkiahDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien[7]
BendaharaPengiran Muda Sufri BolkiahDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien[7]
Di-GadongPengiran Muda Jefri BolkiahDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien[7]
Pemancha(kosong)-
Temenggong(kosong)-