Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_M._Nasir
Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_M._Nasir

Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_M._Nasir

Penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir telah merakamkan bahan untuk tujuh album studio solo, satu album duet (bersama Yunizar Hussein) dan beberapa album kompilasi. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama PolyGram pada 1979 dan melancarkan album solo pertamanya, Untuk Pencinta Seni di bawah nama Mohamed M. N. Bagaimanapun, album ini menjadi kegagalan komersial semasa dikeluarkan.[1]Pada tahun 1981, beliau menubuhkan kumpulan Kembara yang mengetengahkan folk rock, yang mana beliau berkhidmat sebagai vokalis dan pemain gitar. Sepanjang kerjaya mereka selama empat tahun, Kembara telah merakamkan 7 album studio yang meraih kejayaan komersial. Selepas Kembara dibubarkan, M. Nasir merakamkan album solo keduanya, S.O.L.O pada 1989 dan menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama terkininya, beliau mengarang sebahagian besar lagu-lagunya dalam album ini.[2]Pada tahun 1999, beliau merakamkan album Srikandi Cintaku yang mana kesemua lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah rakaman semula dari lagu-lagu ciptaan beliau yang sebelumnya pernah dipopularkan oleh artis-artis lain seperti Bloodshed, Hattan, Search, Roy, Alleycats dan beliau sendiri.[3] Album ini menjadi kejayaan komersial hingga berjaya dipasarkan di Indonesia.[4][5]Selain kerjaya muzik, beliau turut berlakon dalam filem dan merakamkan runut bunyi. Beliau bekerjasama bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu "Bagaikan Sakti" yang merupakan runut bunyi filem Puteri Gunung Ledang (2004)."[6][7] Berikut ialah senarai lagu yang dirakamkan oleh M. Nasir. Semua lagu dalam bahasa Melayu kecuali jika dinyatakan sebaliknya.