Antagonis Senarai_watak_Sword_Art_Online

Akihiko Kayaba

Disuarakan oleh: Tōru Ōkawa (Heathcliff), Kōichi Yamadera (Akihiko)

Akihiko Kayaba (茅場 晶彦, Kayaba Akihiko) merupakan pencipta NerveGear dan permainan maya SAO. Kayaba merupakan watak antagonis dalam permulaan siri SAO kerana dia memerangkap semua pemain dalam SAO dengan menggunakan NerveGear untuk menghalang isyarat dari otak pemain. Dalam dunia SAO Kayaba menyamar sebagai Heathcliff (ヒースクリフ, Hīsukurifu) merupakan ketua kesatuan Knights of the Blood Oath. Kayaba merupakan pentadbir dalam permainan SAO, jadi dia boleh menjadikan avatarnya sangat kuat. Kayaba ditewaskan oleh Kirito dan akhirnya dia mati di dunia realiti tetapi segala jiwanya hidup dalam dunia maya.

Oberon

Disuarakan oleh: Takehito Koyasu

Nobuyuki Sugou (須郷 伸之, Sugō Nobuyuki) juga dikenali sebagai Raja Pari-Pari Oberon (妖精王オベイロン, Yōsei-ō Obeiron) merupakan watak antagonis dalam babak Alfheim Online. Dialah yang bertanggungjawab menjadikan 300 mangsa NerveGear, termasuk Asuna, sebagai tebusan walaupun setelah SAO tamat. Dia melakukannya dengan memindahkan kesemua mereka ke dalam ALO bagi eksperimen penguasaan manusia melalui teknologi fulldive. Dia juga cuba mengambil alih RECT Progress Inc. dengan Asuna semasa dia masih tidak sedarkan diri. Dia mempamerkan minat sumbaleweng dalam menyempurnakan perkahwinan tersebut semasa Asuna masih koma. Dalam ALO, dia menggunakan identiti Oberon Si Raja Pari-Pari dan menjadikan Asuna permaisurinya, Titania. Semasa dia dan Kirito akhirnya bertemu, dia menyalahgunakan statusnya sebagai pentadbir di samping hasil penyelidikannya dengan mencederakan Kirito dengan meningkatkan had kesakitan Kirito dan menikamnya. Dia dimusnahkan apabila "program hantu" Akihiko Kayaba mengingatkan Kirito kembali tentang bagaimana dia dikalahkan oleh keazaman Kirito, sebelum membantunya menangani status pentadbir Nobuyuki. Kirito kemudian membutakan dan menceraiberaikan Sugou setelah menetapkan had kesakitan Sugou ke tahap maksimum. Kesemua 300 mangsa dibebaskan dari ALO, tetapi Nobuyuki melakukan satu lagi cubaan untuk menyerang Kazuto semasa dia dalam perjalanan bertemu Asuna di dunia nyata, dalam keadaan buta sebelah mata dan gila setelah kekalahannya. Namun, dia sekali lagi ditewaskan oleh Kazuto, yang memanfaatkan sepenuhnya kemahiran pertarungan tanpa senjata yang dipelajarinya dalam SAO. Nobuyuki kemudian ditangkap dan didakwa atas jenayah yang dilakukannya.

Death Gun

Death Gun (死銃, Desu Gan) atau nama avatar Sterben (ステルベン, Suteruben, bahasa Jerman untuk "untuk mati") Merupakan watak antagonis dalam arca Gun Gale Online. Death Gun mempunyai tiga pengguna yang berbeza:

Mata Merah XaXa (赤眼のザザ, Akame no ZaZa) / Shōichi Shinkawa (新川 昌一, Shinkawa Shōichi)Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka (SAO), Sōichirō Hoshi (GGO) (Bahasa Jepun), Ben Diskin (Bahasa Inggeris)Spiegel (シュピーゲル, Shupīgeru) / Kyōji Shinkawa (新川 恭二, Shinkawa Kyōji)Disuarakan oleh: Natsuki Hanae (Bahasa Jepun), Johnny Yong Bosch (Bahasa Inggeris)Johnny Black (ジョニー・ブラック, Jonī Burakku) / Atsushi Kanemoto (金本 敦, Kanamoto Atsushi)Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka

Thrym

Thrym (スリュム, Suryumu)Disuarakan oleh: Iizuka Shōzō

Merupakan Raja Buas Gergasi dan ketua musuh terakhir dalam cerita pendek Calibur.

Quinella

Quinella (クィネラ, Kwinera)

Merupakan penguasa mutlak Underworld (Alicization), menteri tertinggi Axiom Church dan musuh utama di Underworld.