Senarai_watak_dalam_siri_Detektif_Conan
Senarai_watak_dalam_siri_Detektif_Conan

Senarai_watak_dalam_siri_Detektif_Conan

.Siri Detektif Conan memaparkan watak-watak ciptaan Gosho Aoyama. Aliran utama cerita ini berlatar belakang tempat di Jepun, dengan penggunaan nama-nama tempat sebenar seperti Tokyo dan Osaka, tetapi juga menggunakan nama tempat rekaan seperti Bandar Beika. Siri ini telah berlangsung sejak 1994, dengan jumlah episod anime sebanyak 760 yang dibahagikan kepada 23 musim dan jumlah bab manga sebanyak 915 yang dibahagikan kepada 86 jilid.Siri ini berkisah tentang seorang detektif Sekolah Menengah Tinggi, Shinichi Kudo, yang pretasinya sedang meningkat kerana membantu polis menyelesaikan pelbagai kes. Suatu hari ketika menyelidik 2 orang mencurigakan, yang kemudian diketahui sebagai Gin dan Vodka, dia dilihat oleh Gin, Gin pun memukulnya, lalu dipaksa meminum sebiji ubat jenis racun buatan organisasinya. Setelah itu, dia bangun dan mencari dirinya telah menjadi seorang anak kecil. Menyedari bahawa dua orang tersebut akan menyelidikinya, Shinichi menggunakan nama pena Conan Edogawa untuk identiti barunya. Dia kemudian tinggal bersama teman sejak masa kecilnya, Ran Mouri dan ayahnya Kogoro Mouri.