Plot Senario_Asam_Garam

Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa dan pejabat Pak Adam. Akan tetapi, usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati akan Pak Adam kerana Pak Adam ialah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga dengan membuka warung kopi bersama anaknya Talitha (17 tahun). Pergaduhan mereka bertambah hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar tawaran. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan tawaran Pak Adam.

Pak Adam ialah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana mutu kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan menculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam agar memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mereka mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adamyang telah mendapat tahu hal tersebut berusaha sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gajetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarikat mereka dan terlibat dalam rasuah. Pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.