Trivia Senario_Lagi

  • Umie Aida dan Ahmad Idham adalah pelakon yang membintangi drama popular ketika itu, Romeo dan Juliet yang ditayangkan di tv3. Kedua-duanya membuat penampilan di dalam filem ini. Salah satu lagu tema drama itu nyanyian umie dan azlan abu hassan dijadikan lagu latar babak romantis dalam filem ini dimana umie dan azlee seperti pasangan kekasih.
  • Telenovela/ soap opera Melayu pertama, idaman. Turut diadaptasi ke dalam filem ini dimana Syanie bermimpi menjadi kekasih baru Datuk Mansor lakonan Jalaluddin Hassan. Begitu juga dimana Azlee menjadi teman baru Nina Juren. Bukti betapa kuatnya pengaruh drama tv pada era itu.
  • Proton Wira Tahun 1999 yang dibawa lari oleh Wahid itu berwarna hijau gelap. sekali imbas seakan akan berwarna hitam. Amat jarang sekali proton wira warna sebegitu ditemui.
  • Azlee berimej rambut lebat untuk cerita ini. Azlee sinonim dengan imej rambut flat top sepanjang kariernya.
  • Francais kedua filem asal senario selepas Senario The Movie, Lagi Lagi Senario, Lang Buana, senario XX, Senario Pemburu Emas Yamashita. Dibawah terbitan Grand Brilliance.