Sepak_takraw
Sepak_takraw

Sepak_takraw

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola buatan.Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad, yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang. [1]Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku antara wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan[2].Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi yang mana permainan beregu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.Sepakrakraw menjadi popular di seluruh dunia termasuk Rusia [3][4]

Sepak_takraw

Kategori Dalaman, pantai
Olimpik Tiada
Nama samaran Sepak raga
Ahli pasukan 3
Pertama dimainkan Abad ke-15
Badan induk tertinggi ISTAF
Jantina bercampur tidak
Bola bola rotan