Sepesan
Sepesan

Sepesan

Gryllacridinae
LezininaeSepesan atau pesan-pesan adalah sejenis serangga seperti cengkerik yang tidak melompat dalam famili Gryllacrididae dan dapat ditemui di seluruh dunia. Sepesan sebenarnya tidak berbisa walaupun mungkin gigitannya menyakitkan. Famili ini dahulunya dimaksudkan dengan meluas dan memasukkan beberapa famili sekarang ini, seperti Stenopelmatidae ("cengkerik Jerusalem") dan Rhaphidophoridae ("cengkerik unta"),[1] sekarang dianggap berasingan. Mengikut definisi sekarang, famili ini mengandungi dua subfamili, dengan majoriti besarnya (melebihi 90 genus mengandungi lebih daripada 600 spesies) dalam subfamili Gryllacridinae.[2] Subfamili lain, Lezininae, mengandungi hanya satu genus dengan 12 spesies yang dikenalpasti.[3][4] Sepesan biasanya tidak bersayap dan nokturnal (aktif pada waktu malam), berehat semasa siang di tempat perlindungan diperbuat daripada daun yang telah dilipat dan sebahagiannya diliputi sutera.