Sinopsis Sephia

Keadaan syarikat yang hampir lumpuh menyebabkan Global Amity mengambil keputusan untuk membawa masuk seorang tenaga baru dengan harapan kehadirannya dapat memberikan nafas baru kepada syarikat tersebut.

Sephia (Catriona) dipilih kerana kecekapannya. Tapi tak siapa menduga kecantikannya menyebabkan masalah dalaman Global Amity menjadi semakin parah.

Sephia menyintai Amir (Ako Mustapha) tetapi bila Amir terpaksa berkahwin dengan adik angkatnya, Haida (Sabrina), Sephia telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan mengahwini abang Amir, Haykal (Hans Isaac).

Haykal dipenjarakan sebaik sahaja bernikah dengan Sephia dan Haida pula meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Maka tinggallah Sephia yang masih belum bercerai dengan Haykal dan Amir yang baru kematian isteri.

Waktu ini baru Sephia mengetahui yang Amir terpaksa berkahwin dengan Haida kerana Haida telah mengandung (setelah dirogol Haykal).

Cinta Amir pada Sephia kembali bertaut tetapi mereka umpama sepasang kekasih gelap kerana cinta mereka adalah cinta terlarang. Sephia masih lagi bergelar Pn. Haykal, mana mungkin dia mencintai atau dicintai Amir.

Haykal mati di tali gantung tetapi laluan untuk Amir dan Sephia untuk hidup bersama masih kabur apabila Amir mendapati dirinya menghidap AIDS.