Sequoyah
Sequoyah

Sequoyah

Sequoyah (bahasa Cherokee: ᏍᏏᏉᏯ Ssiquoya[2][3] atau ᏎᏉᏯ Se-quo-ya, nama Inggeris diberi: George Gist atau George Guess; s.1770–1843), merupakan seorang tukang besi dan perak aneka bidang peribumi bangsa Cherokee. Beliau bertanggungjawab mencipta suatu sistem tulisan untuk bahasa Cherokee yang dituturkan beliau sendiri walaupun sebelum ini beliau buta huruf.[1][4]Penulisan ini segera digunapakai bangsa Cherokee empat tahun setelah ia siap pembangunan sistem ini pada 1825. Perkenalan sistem tulisan ini menjadikan bahasa mereka dapat dibaca malah turut meningkatkan tahap kecelikan huruf bangsa ini melebihi para pendatang Eropah yang duduk di kawasan sama.[1] Malah, kejayaan usaha Sequoyah turut mempengaruhi seberapa mubaligh dan orang awam serata dunia dari Kanada ke Liberia dan China mencipta sistem penulisan untuk bahasa masing-masing; sebanyak 21 buah sistem tulisan tercipta untuk 65 bahasa dipengaruhi kejayaan beliau.[5]

Sequoyah

Pekerjaan Tukang besi, pahlawan, penulis
Pasangan pertama: Sally (nama asal tidak diketahui)
ke-2: U-ti-yu, ᎤᏘᏳ
Ibu bapa Wut-teh dan Nathanial Gist
Anak 4 orang dengan isteri pertama, 3 orang dengan isteri ke-2
Nama lain George Guess, George Gist
Meninggal dunia Ogos 1843 (berumur 72–73)
San Fernando de Rosa, Coahuila, Mexico (kini dekat Zaragoza, Coahuila, Mexico)
Warganegara Cherokee, Amerika Syarikat
Kelahiran s. 1770
Tuskegee, Cherokee Nation (kini berdekatan Knoxville, Tennessee)[1]