Serabut diet (atau turut dikenali sebagai
serat makanan atau
pelawas) ialah bahagian tak tercerna dalam makanan hasil tumbuhan yang menolak makanan melalui
sistem pencernaan, menyerap air dan memudahkan
peninjaan, dengan mengubah sifat kandungan
salur gastrousus, serta mengubah cara penyerapan bahan khasiat dan kimia yang lain.
[1]Serabut diet boleh bersifat
terlarutkan air atau sebaliknya, tetapi tidak boleh dicerna. Akan tetapi, serabut yang terlarutkan air
ditapai oleh bakteria dalam salur pencernaan, lalu menyerap air untuk menjadi bahan yang bergelatin. Serabut yang tidak terlarut pula berurai tetapi selalunya tidak ditapai.
[2]Secara kini, serabut diet terdiri daripada
polisakarida bukan
kanji seperti
selulosa dan anggota-anggota tumbuhan yang lain seperti
dekstrin,
inulin,
lignin,
lilin,
kitin,
pektin, beta-
glukan dan
oligosakarida. Istilah "serabut" tidak berapa kena namanya kerana kebanyakan jenis serabut diet langsung bukan jenis
serabut.Sumber makanan serabut diet sering dibahagikan kepada sama ada serabutnya terlarutkan air atau sebaliknya. Makanan hasil tumbuhan mengandungi kedua-dua jenis serabut yang berbeza-beza takatnya bergantung pada sifat tumbuhan.Kelebihan penggunaan serabut ialah penghasilan sebatian menyegarkan ketika penapaian serabut terlarut, serta keupayaan serabut tidak terlarut (melalui ciri-ciri hidrofilik pasifnya) untuk membesarkan uraiannya, melembutkan tinja dan memendekkan masa peralihan melalui
salur usus.