Pembiakan Serama

Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk berbanding baka lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Telur Serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dan ada beberapa hipotesis mengenai hal ini; pembiakbakaan dalam sesama sendiri mungkin salah satu sebabnya, yang lain adalah kemungkinan telur agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi menghasilkan telor yang mampu menetas). Kebersihan yang baik, tatarajah pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan. Saiz am telur tidak terlalu besar, saiz telur biasanya antara 2 hingga 3 biji telur puyuh biasa atau 4 hingga 6 biji bagi telur Serama yang menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. Ayam yang lebih kecil kemungkinannya bertelur yang lebih kecil tetapi terlalu kecil untuk berkembang

Juara Klasik Cajun 2009