Serangan_Muzium_Negara_Bardo
Serangan_Muzium_Negara_Bardo

Serangan_Muzium_Negara_Bardo

Pada 18 Mac 2015, tiga orang pengganas berpakaian tentera menyerbu Muzium Negara Bardo lalu mengambil tebusan di Tunis, ibu kota Tunisia.[4] 21 orang, terutamanya pelancong Eropah terbunuh sementara kira-kira 50 lain cedera.[8][9][10] Dua orang pengganas itu iaitu warga Tunisia bernama Yassine Labidi dan Saber Khachnaoui dibunuh oleh polis sementara yang ketiga masih bebas.[7] Polis menganggap peristiwa ini sebagai serangan pengganas.[11][12] Ini merupakan serangan pengganas yang paling dahsyat dalam sejarah Tunisia, mengatasi pengeboman saumaah Ghriba pada tahun 2002 yang meragut 21 nyawa, kebanyakannya pelancong Eropah, serta mencederakan lebih 30 orang lain.[2][10]Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) mengaku bertanggungjawab atas serangan ini serta mengugut untuk melanjutkan lagi serangan.[13] Dua hari kemudian mereka mengaku bertanggungjawab atas pengeboman dua buah masjid Syiah yang meragut lebih 137 orang di Sana'a, ibu negara Yaman.[14]

Rujukan

WikiPedia: Serangan_Muzium_Negara_Bardo http://america.aljazeera.com/articles/2015/3/18/to... http://www.latimes.com/world/middleeast/la-fg-tuni... http://www.msn.com/en-us/news/world/tunisia-death-... http://www.nytimes.com/2015/03/19/world/africa/gun... http://www.nytimes.com/aponline/2015/03/18/world/m... http://www.reuters.com/article/2015/03/18/us-tunis... http://www.theguardian.com/world/live/2015/mar/18/... http://www.wsj.com/articles/death-toll-in-tunisia-... http://news.yahoo.com/third-attacker-run-deadly-mu... http://hosted.ap.org/dynamic/stories/M/ML_TUNISIA_...