Serangan_bom_Yakaghund_2010

Serangan bom Yakaghund 2010 berlaku di Yakaghund, Pakistan pada hari Jumaat, 9 Julai 2010 menyebabkan 102 terbunuh. Serangan bunuh diri bermotosikal itu berlaku di luar pejabat kerajaan di Mohmand agency. Saksi menyatakan satu lagi serangan menggunakan trak kecil yang dipenuhi dengan bahan letupan. Penduduk kawasan ini terdiri daripada puak Pashtun yang terletak berhampiran dengan sempadan Afghanistan.Serangan itu mensasarkan mereka yang anti-Taliban di Yakaghund. Bagaimanapun ketua pentadbir Mohmand iaitu Rasool Khan terselamat. Namun begitu, 5 kanak-kanak dan beberapa wanita terbunuh. 168 penduduk kampung cedera. Penduduk kampung itu seramai 4000 orang, dalam wilayah Khyber-Pakhtoonkwa. 80 buah kedai dan pasar raya runtuh dan musnah. Bangunan penjara turut musnah dan 28 banduan hilang atau melarikan diri.[2]Sempadan Pakistan-Afghanistan menjadi sasaran pejuang al Qaeda dan militan Taliban kerana kerajaan dan tentera Pakistan menyokong usaha tentera Amerika Syarikat memburu dan meletupkan markas mereka. Serangan hari Jumaat ini adalah yang ketiga pada tahun 2010. Serangan Oktober 2009 di Peshawar membunuh 112 orang.