Akibat Serangan_hendap_Lahad_Datu_1985

Selepas percubaan mereka yang berjaya, lanun-lanun tersebut berundur ke sebuah jeti dimana mereka bertembung dengan sekumpulan polis marin Malaysia.[1] Dua lanun cedera ketika berbalas tembakan dengan polis marin yang mana rakan-rakan mereka masih sempat membawa rakan mereka yang cedera itu ke dua buah bot pam yang sedang menunggu bagi mereka meloloskan diri ke sempadan Filipina.[1] Pada hari yang seterusnya, polis marin melancarkan serangan mengejut ke sebuah pulau yang dipercayai menjadi tempat persembunyian bagi lanun-lanun itu dan berjaya membunuh lima orang lanun.[1][2] Sementara rakan-rakan mereka yang lain telah berjaya melarikan diri ke sempadan antarabangsa,[4] polis berjaya merampas sejumlah senapang M-16 dengan pelbagai lagi senjata lain.[1] Beberapa sumber yang tidak jelas mengatakan semasa serangan balas itu, tentera Malaysia dengan 4 kapal perang dan tiga helikopter menyerang sebuah pulau di Filipina, membakar rumah-rumah dan membunuh 53 warga Filipina.[2][5] Kedutaan Malaysia di Manila menolak untuk menjawab soalan berkaitan laporan itu dan berkata kedutaan Malaysia tidak menerima sebarang maklumat dari kerajaan Filipina ataupun dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[5]