Serasi_IBM_PC

Serasi IBM PC pada umumnya merujuk kepada komputer yang serupa dengan IBM PC, Komputer Peribadi IBM XT, dan Komputer Peribadi IBM/AT. Komputer sedemikian, dahulunya dikenali sebagai klon PC, atau klon IBM kerana ia hampir sepenuhnya menyalin kesemua ciri-ciri utama reka bentuk dalaman PC, XT, atau AT, dibantu dengan keupayaan pelbagai pengilang bagi kejuruteraan undur BIOS secara sah melalui rekabentuk bilik bersih (cleanroom design). Columbia Data Products membina klon komputer IBM pertama melalui perlaksanaan bilik bersih bagi BIOSnya.Semua komputer peribadi serasi IBM awal menggunakan bus komputer yang sama dengan model PC dan AT, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai ISA Bus apabila pengilang membangunkan alternatif kepada piwaian IBM asal. Istilah "serasi IBM" menjadi sekadar sejarah apabila IBM berhenti mengilangkan komputer peribadi.Warisan komputer peribadi serasi IBM merupakan majoriti komputer mikro dipasaran masa kini, sungguhpun pengoperasian dengan struktur bas dan tambahan bagi PC, XT atau AT asal mungkin dikurangkan atau tiada.