Serban
Serban

Serban

Serban ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Di Turki dipanggil tülbent .Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Ini adalah sebagai menghormati kepala sama seperti pantang duduk di atas bantal kerana hormat kepala.[1] Di Malaysia misalnya, ia merupakan kebiasaan bagi penganut Islam yang baru balik mengerjakan haji. Namun dekad terakhir ini ramai kelompok dari Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban sebagai mengikuti sunnah.