Infrastruktur Seremban

Kesihatan

Seremban mempunyai beberapa buah hospital dan pusat perubatan, termasuk hospital kerajaan dan hospital milik swasta.

Hospital Tuanku Ja'afar, dahulunya dikenali sebagai Hospital Besar Seremban merupakan sebuah hospital negeri dan hospital rujukan bagi Negeri Sembilan. Dibina pada tahun 1930 dengan jumlah kapasiti 800 katil dan 20 kepakaran klinikal dengan pelbagai perkhidmatan sokongan. Terletak di Bukit Rasah, Seremban, hospital yang memiliki keluasan kawasan tanah seluas 212 ekar (0.86 km2).

Hospital lain termasuk Pusat Perubatan Columbia Asia, yang dibuka pada tahun 1999 dan kini mempunyai 80 katil dan menawarkan pesakit luar dan pesakit dalam perkhidmatan pakar, klinik 24 jam dan perkhidmatan kecemasan.

Pada tahun 2004 sebuah hospital baru telah ditubuhkan, Hospital Pakar Seremban yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 109 katil. Hospital yang terletak di pinggir bandar Seremban di belakang Muzium Negeri.

Hospital Bersalin Cina Negeri Sembilan juga merupakan hospital swasta yang mempunyai 75 katil. Ia terletak di Jalan Tun Ismail.

Terdapat juga sebuah hospital di Senawang, Hospital Pakar Senawang (SSH) dengan mempunyai sebanyak 101 katil yang dibuka pada tahun 2008.