Sejarah Seri_Kembangan

Seri Kembangan tertubuh sebagai Kampung Baru Serdang pada tahun 1952 apabila pihak British memindahkan penduduk kampung berketurunan Cina sekitar Sungai Besi ke satu lokasi tertumpu disebabkan ancaman Komunis semasa Darurat Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Rancangan Briggs.

Pada mulanya, kampung ini hanya memiliki 50 rumah dan ke semuanya dibina dengan tangan kerana pihak British hanya menyediakan tanah kosong. Kawasan ini berdekatan dengan estet pokok getah dan hutan di mana bahaya boleh datang tanpa diduga. Kebanyakkan penduduk di sini merupakan orang yang bergaji rendah dan bekerja di lombong atau sebagai penoreh getah.[2]

Pada tahun 1980-an Seri Kembangan mula membina nama apabila menjadi pusat industri kasut terbesar di negara ini. Lebih 60 peratus pengeluaran kasut kulit berjenama terkemuka di negara  ini dibuat di lebih 200 kilang kasut di Seri Kembangan. Bagaimanapun, industri itu mula merosot pada tahun 1990-an, hingga kini hanya tinggal kurang 50 kilang pembuatan kasut di Seri Kembangan. Pengusaha tempatan tidak dapat bersaing dengan kasut import dari negara China yang lebih murah harganya.[3]

Selepas Sukan Komanwel 1998, lebih banyak pembangunan telah diadakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini telah mentransformasikan bandar yang dahulunya tidak dikenali sebagai satu hab perniagaan yang terunggul di Selangor.

Rujukan

WikiPedia: Seri_Kembangan http://goodyfoodies.blogspot.com/2013/03/farm-in-c... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18714 http://pkpsagro.com/pbs.html http://www.hko.gov.hk/wxinfo/climat/world/eng/asia... http://www.giant.com.my/stores?q=seri+kembangan http://www.jusco.com.my/jusco/location_TE.html http://www.sinarharian.com.my/rencana/seri-kembang... http://www.sinchew.com.my/node/1667809/%E5%8F%8C%E... http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4... http://www.alice-smith.edu.my