Sesheshet

Ratu Seshseshet ialah bonda kepada Raja Teti, iaitu firaun yang mengasas dinasti keenam Mesir Purba. Baginda memainkan peranan penting dengan membolehkan anakandanya merampas takhta serta mendamaikan perselisihan dalam kerabat diraja.[1]Seshseshet merupakan satu-satunya ratu dinasti keenam yang masih belum dijumpai makamnya, sehingga tahun 2008[2], apabila para ahli areologi menemui apa yang dipercayai merupakan makamnya.[3]