Setiausaha_Agung_NATO
Setiausaha_Agung_NATO

Setiausaha_Agung_NATO

Setiausaha Agung NATO (Bahasa Perancis: Secrétaire général de l'OTAN) adalah seorang diplomat antarabangsa yang berkhidmat sebagai ketua kakitangan awam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Setiausaha Agung bertanggungjawab bagi penyelarasan kerja-kerja Perikatan, mengetuai kakitangan antarabangsa NATO, mempengerusikan mesyuarat Majlis Atlantik Utara dan kebanyakan jawatankuasa utama Perikatan, dengan pengecualian yang ketara dari Jawatankuasa Tentera NATO, dan bertindak sebagai jurucakap NATO.[1] Bagaimanapun, Setiausaha Agung tidak mempunyai sebarang peranan memerintah tentera, dan keputusan politik, militari dan strategik terletak pada negara anggota. Bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO dan Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Setiausaha Agung adalah salah seorang pegawai terpenting NATO. Setiausaha Agung terkini ialah Jens Stoltenberg, iaitu mantan Perdana Menteri Norway, yang mengambil alih jawatan pada 1 Oktober 2014.[2]