Peranan Setiausaha_Agung_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Setiausaha Agung merupakan ketua Sekretariat, iaitu badan eksekutif PBB. Di samping itu, beliau ialah orang tengah dalam penyelesaian pertikaian-pertikaian diplomatik.

Setiausaha Agung dipilih setiap lima tahun. Pencalonan Setiausaha Agung dilakukan oleh Majlis Keselamatan, manakala Perhimpunan Agung PBB melantik seorang daripada calon-calon ini melalui perundian. Setiausaha Agung dilantik untuk tempoh lima tahun. Biasanya Setiausaha Agung berkhidmat selama dua penggal.