Setiausaha_Keselamatan_Tanah_Air_Amerika_Syarikat
Setiausaha_Keselamatan_Tanah_Air_Amerika_Syarikat

Setiausaha_Keselamatan_Tanah_Air_Amerika_Syarikat

Setiausaha Keselamatan Tanah Air atau Secretary of Homeland Security adalah ketua Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat, badan yang bertanggungjawab melindungi Amerika Syarikat dan keselamatan rakyat Amerika Syarikat. Setiausaha ialah ahli Kabinet Presiden. Jawatan ini telah diwujudkan oleh Akta Keselamatan Tanah Air berikutan serangan 11 September 2001. Jabatan baru ini terdiri daripada komponen yang dipindahkan dari jabatan kabinet lain kerana peranan mereka dalam keselamatan tanah air, seperti Pengawal Pantai, Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan , Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (termasuk Peronda Sempadan), Perkhidmatan Rahsia, dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA). Ia bagaimanapun tidak termasuk FBI atau CIA.Pemangku Setiausaha Keselamatan Tanah Air terkini ialah Kevin McAleenan, yang telah dilantik ke jawatan itu pada April 2019 selepas peletakan jawatan Kirstjen Nielsen. Pada 11 Oktober 2019, beliau mengumumkan peletakan jawatannya, sementara menunggu calon pengganti.