Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (
Bahasa Inggeris: United States Department of Homeland Security,
DHS) ialah sebuah
jabatan kabinet kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang diwujudkan sebagai gerak balas terhadap
serangan 11 September 2001, dengan bertanggungjawab utama mengawal pelbagai aspek kehidupan Amerika Syarikat serta mencegah dan menghalang segala jenis suversi oleh rakyatnya.Sementara
Jabatan Pertahanan bertanggungjawab atas tindakan
ketenteraan di seberang laut, Jabatan Keselamatan Tanah Air berfungsi dalam lingkungan orang awam untuk melindungi Amerika Syarikat dalam lingkungan, di atas, dan di luar sempadannya. Matlamatnya adalah bersedia untuk, mencegah, dan bertindak balas terhadap kecemasan dalam negeri, terutamanya pengganasan.
[4] Pada 1 Mac 2003, DHS menyerap
Perkhidmatan Imigresen dan Naturalisasi (Immigration and Naturalization Services) dan mengambil alih tugas-tugasnya. Dengan itu, ia membahagikan fungsi-fungsi penguatkuasaan dan perkhidmatannya kepada dua agensi baru yang berasingan, iaitu
Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam dan
Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen. Selain itu, fungsi-fungsi penguatkuasaan sempadan INS, iaitu
Perkhidmatan Kastam, serta
Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan digabungkan menjadi sebuah agensi baru di bawah DHS:
Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.
Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan pula jatuh di bawah
Pejabat Pengaran Perlindungan dan Program Negara.Dengan seramai lebih 200,000 kakitangan, DHS ialah jabatan Kabinet yang ketiga terbesar, di belakang Jabatan-Jabatan
Pertahanan dan
Hal Ehwal Veteran.
[5] Dasar
keselamatan tanah air diselaraskan di
Rumah Putih oleh
Majlis Keselamatan Tanah Air (Homeland Security Council). Agensi-agensi lain yang turut memikul tanggungjawab besar dalam keselamatan tanah air termasuk
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Insan,
Jabatan Keadilan, dan
Jabatan Tenaga.Menurut seorang ahli teori sempadan, Peter Andreas, pembentukan DHS merupakan penyusunan semula kerajaan yang paling penting sejak Perang Dingin,
[6] dan penyusunan semula agensi persekutuan yang terbesar sejak
Akta Keselamatan Negara 1947 yang meletakkan pelbagai jabatan
tentera di bawah satu
setiausaha pertahanan serta menubuhkan
Majlis Keselamatan Negara dan
Agensi Perisikan Pusat. DHS juga merupakan pergabungan fungsi-fungsi dan tanggungjawab persekutuan yang paling pelbagai dengan menerapkan 22 agensi kerajaan ke dalam sebuah pertubuhan.
[7]