Shadia
Shadia

Shadia

Fatima Ahmed Kamal (Bahasa Arab: فاطمة أحمد كمال‎), atau lebih dikenali sebagai Shadia (8 Februari 1931 – 28 November 2017), merupakan pelakon dan penyanyi Mesir. Beliau terkenal dengan lakonan dalam komedi ringan dan drama sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau pertama kali muncul menerusi filem el-Aql Fi Agaza (The Mind on Vacation), dan filem terakhirnya adalah La Tas'alni Man Ana (Don't Ask Me Who I Am).Shadia dimasukkan ke hospital di Kaherah pada 4 November 2017 setelah menderita strok.[1] Beliau diletakkan di bawah unit rawatan rapi dan pada 9 November beliau dilapirkan berada bawah keadaan stabil.[1] Pada 28 November 2017, beliau disahkan meninggal dunia.[2]