Sumber Shahnameh

Terdapat beberapa kontorvesi di kalangan cendiakawan mengenai sumber kisah di dalam Shahnameh ini. Ia mungkin berdasarkan syair-syair sebelum zaman Firdausi yang mengandungi sejarah dan kisah penglipur lara Iran. Namun begitu, kisah-kisah ini mungkin diturunkan dari generasi sebelum beliau melalui lisan, kerana gaya penulisan Shahnameh sendiri mencerminkan ciri-ciri sastera bertulis dan lisan. Sesetengah kisah dalam Shahnameh adalah warisan Indo Iran dan kisah ini juga terdapat di dalam kitab Avesta, Majusi dan Veda Rig, Hindu.