Shahrukh_Mirza
Shahrukh_Mirza

Shahrukh_Mirza

Shāhrukh Mīrzā (Bahasa Parsi: شاهرخ میرزا‎ Šāhrokh Mīrzā)[1][2] (20 Ogos 1377 - 13 Mac 1447), anak kepada Timur (Tamerlane) adalah seorang pemerintah Timuriyah kepada kawasan timur wangsa yang telah dibina oleh ayahnya, penakhluk Asia Tengah Timur (Tamerlane) yang mengasaskan Dinasti Timuriyah, mentadbir hampir semua Parsi dan Ma Wara' al-Nahr antara 1405 dan 1447. Shāhrukh adalah anak lelaki Timur keempat dan termuda.