Sharifah_Hayaati_Syed_Ismail

Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sebagai Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah di akademi tersebut[1][2]. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam Malaysia (PISWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2019[3]. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Kumpulan Kerja Mobilisasi Masyarakat Madani, Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU) Majlis Dakwah Negara pada 2016[4]. Beliau pernah menjadi Felo Penyelidik Pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Univeristi Oxford di bawah Program Fellowship Persatuan Universiti Komanwel (ACU) pada tahun 2015[5].

Sharifah_Hayaati_Syed_Ismail

Pekerjaan Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Pendidikan
  • B.A Syariah, Universiti Malaya
  • M.A Perbandingan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ph.D Universiti Bristol
Kelahiran
Sharifah Hayaati binti Syed Ismail

2 Februari 1969

Rujukan

WikiPedia: Sharifah_Hayaati_Syed_Ismail http://abim.org.my/index.php/berita-program/abim-p... http://worldcat.org/identities/lccn-n2006208781 https://scholar.google.com/citations?user=jOW_SVEA... https://www.linkedin.com/in/sharifah-hayaati-syed-... https://www.malaysiakini.com/news/464685 https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/02/5... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/398881/... https://www.hmetro.com.my/node/21285 https://www.yadim.com.my/v2/ahli-panel-dalam-kumpu... https://umexpert.um.edu.my/sashsiaq.html