Shariff_Medan

Sharif Medan dilahirkan di Medan, Indonesia pada tahun 1919. Sharif Medan dilahirkan dalam keluarga yang amat kuat menentang penjajahan BelandaSelepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Sharif masuk ke Singapura bersama toboggan, Grand Jubilee Opera. Ketika itu wayang gambar atau filem mula mengambil tempat sebagai wahana hiburan baharu dalam masyarakat Melayu. Pada tahun 1932 beliau mengambil tempat untuk filem Semarang diterbitkan di Singapura yang diarahkan oleh Pathe. Selain itu beliau juga pernah berlakon untuk filem melayu pertama Laila Majnun terbitan tahun 1934 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Selepas era Pendudukan Jepun, Pada tahun1953, Sharif Medan memulakan kegiatan beliau dalam bidang perfileman. Beliau berlakon dalam filem Buluh Perindu yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Pelakon utama filem tersebut ialah Bakaruddin yang berasal dari Medan dan Rosini yang dilahirkan di Pulau Pinang. Tahun berikutnya 1954, seniman ini menyertai Cathay - Keris Film sebagai penulis skrip yang prolifik dan penolong pengarah sehingga syarikat perfilem ini di tutup pada tahun 1973. Di era 70-an, beliau beralih arah kepada karya untuk rancangan TV berwarna dan radio.

Shariff_Medan

Tahun aktif 1940-an
Meninggal dunia 1997
Kelahiran 1919