Pendidikan Shaziman_Abu_Mansor

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin pada 1971. Kemudian, beliau meneruskan pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin dari 1977 hingga 1979 dan Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban dari 1980 hingga 1981.

Kemudian, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Malaysia dengan mendapat Diploma Kejuruteraan awam pada 1986. Setelah berjaya dengan cemerlang, beliau meneruskan pengajian beliau dalam bidang akademik ke Tri-state University, Indiana, Amerika Syarikat dengan mendapat Ijazah Kejuruteraan Awam pada 1988.