Sinopsis She_Was_Pretty_(drama)

Selepas keterbalikan dari segi kekayaan dan paras rupa, buah hati dari zaman kanak-kanak bertemu semula untuk kali pertama dalam 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen. Nadia dan Haniff merupakan jiran semasa zaman sekolah.Haniff merupakan seorang yang gemuk berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular.Pada suatu hari,Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara.Mereka berpisah selama 15 tahun.Nadia yang dahulunya lawa,menjadi tidak cantik akibat rambutnya yg kerinting dan wajahnya penuh bintik.Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian daripada orang-orang sekeliling.Mujur ada sahabat baik bernama Jo.Jo seorang yang lawa dan diminati ramai.Jo tidak kisah bersahabat dengan Nadia.Dia sentiasa memberi sokongan padu kepada kawannya itu.Satu hari,Haniff iyang bakal pulang ke Malaysia ngin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berhubungan melalui email .Nadia teruja tetapi malu kerana takut Haniff tidak mahu bertemu dengannya selepas melihat penampilannya kini.Dia terpaksa menggunakan Jo untuk menyamar sebagainya.Mahu atau tidak,Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu.Pada pemikiran Haniff,Jo adalah Nadia.

Apa yang dia tidak tahu,Nadia Rahman yang sebenar adalah pekerja sementara di jabatan majalah The Most,Nadia yang sering dia marahi.Mujur rakan sekerja Nadia,Ashraf sentiasa menjadi penyelamatnya.Jo pula mulai jatuh cinta dengan Haniff selepas Haniff menyelamatkannya daripada samseng yang ingin menganggunya.

Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahawa Jo bukan Nadia sebenar? .Bolehkah Haniff mengecam Nadia Rahman ,pekerja bawahannya sebagai Nadia sebenar ,sahabat yang dia sukaiĀ ?.