Shehbaz_Sharif
Shehbaz_Sharif

Shehbaz_Sharif

Mian Muhammad Shehbaz Sharif (Bahasa Punjabi dan Urdu: میاں محمد شہباز شریف‎, disebut [miˈãː mʊˈɦəmːəd ʃɛhˈbaːz ʃəˈriːf] ; lahir 23 September 1951) merupakan seorang ahli politik Pakistan yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang ke-23 dan terkini yang memegang jawatan sejak 11 April 2022.[1] Beliau merupakan Presiden bagi Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N). Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Punjab sebanyak tiga kali, sekaligus menjadi Ketua Menteri Punjab paling lama berkhidmat.[2]Shahbaz telah dipilih bagi Dewan Wilayah Punjab pada tahun 1988 dan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan pada tahun 1990. Pada tahun 1993, beliau sekali lagi dipilih ke Perhimpunan Punjab dan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri di wilayah Punjab iaitu wilayah dengan penduduk teramai di Pakistan buat pertama kali pada 20 Februari 1997. Selepas rampasan kuasa Pakistan pada tahun 1999, Shehbaz bersama keluarganya mengasingkan diri ke Arab Saudi dan kembali semula ke Pakistan pada tahun 2007. Shahbaz telah dilantik sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua selepas kemenangan PML-N di wilayah Punjab dalam pilihan raya umum Pakistan 2008. Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau dilihat sebagai pentadbir yang cekap dan rajin.[3] Beliau telah memulakan projek infrastruktur yang bercita-cita tinggi di Punjab dan terkenal dengan tadbir urusnya yang cekap.[4][5][6] Shehbaz telah dicalonkan sebagai Presiden Liga Muslim Pakistan-N selepas abangnya, Nawaz Sharif, hilang kelayakan daripada memegang jawatan berikutan kes Panama Papers. Beliau dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang selepas pilihan raya 2018.[7]Pada Disember 2019, Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) membekukan 23 hartanah milik Shehbaz dan anaknya, Hamza Sharif atas tuduhan mereka melakukan pengubahan wang haram. Pada 28 September 2020, NAB menangkap Shehbaz di Mahkamah Tinggi Lahore dan mendakwanya atas tuduhan pengubahan wang haram. Beliau dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.[8][9] Pada 14 April 2021, Mahkamah Tinggi Lahore membebaskannya dengan ikat jamin dalam rujukan pengubahan wang haram.[10] Di tengah-tengah krisis politik Pakistan 2020–2022, beliau telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 11 April 2022 selepas usul undi tidak percaya terhadap Imran Khan.

Rujukan

WikiPedia: Shehbaz_Sharif https://www.asianage.com/world/south-asia/190818/p... https://www.bbc.com/news/world-asia-61063386 https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-04-10... https://www.bolnews.com/pakistan/2020/09/shehbaz-s... https://edition.cnn.com/2022/04/11/asia/pakistan-p... https://www.dawn.com/news/1684500/shehbaz-sharif-e... https://www.firstpost.com/world/shehbaz-sharif-10-... https://www.ndtv.com/world-news/shehbaz-sharif-pak... https://www.reuters.com/world/asia-pacific/nominat... https://www.theguardian.com/world/2022/apr/11/shah...