Menu
Shenyang_J-11 KelainanPada tahun 2002, media Rusia melaporkan bahawa Shenyang Aircraft Corporation ingin mengantikan komponen-komponen J-11/Su-27SK buatan Rusia dengan buatan tempatan daripada China. Khususnya, mengantikan radar NIIP N001 buatan Rusia dengan radar kawalan tembakan buatan China berasaskan keluarga Type 147X/KLJ-X, enjin AL-31F dengan WS-10A, dan peluru berpandu Vympel R-77 dengan PL-12 buatan China. Pesawat J-11 telah dilihat dipasang dengan enjin AL-31F dan WS-10A untuk ujian pada tahun 2002. Bagaimanapun, ia tidak disahkan sehingga tahun 2007 apabila kerajaan China akhirnya mendedahkan maklumat terhadap pesawat J-11 tempatan: pesawat J-11 telah digunakan untuk menguji enjin WS-10 telah ditanda sebagai J-11WS, dan stesyen TV negara, CCTV-7 menyiarkan sedutan filem pesawat J-11B pada pertengahan tahun 2007 apabila kewujudan pesawat J-11 yang dibina dengan menggunakan komponen-komponen tempatan akhirnya disahkan secara rasmi.
Buatan China, pesawat Su-27SK versi China dengan 70% kandungan komponen dibuat di China, beberapa peningkatan dibandingkan dengan pesawat asal Su-27SK dalam bidang-bidang berikut: radar, peralatan penerbangan dan tambahan keupayaan serangan udara-ke-permukaan.
Keupayaan pesawat J-11 ditingkat upaya dengan radar dan peralatan penerbangan baru, paling ketara adalah penggunaan sistem peralatan penerbangan elektronik (EFIS) dalam sistem avioniknya.
Asli, direka bentuk oleh China, versi pelbagai fungsi dan menggunakan banyak komponen-komponen yang dihasilkan oleh China termasuk radar, enjin dan peluru berpandu. China berminat untuk mengurangkan pergantungannya akan teknologi luar negara disebabkan oleh alasan kos dan keinginannya untuk meningkatkan keupayaan reka bentuk dan penyelidikan tempatan. Mengikut laporan, terdapat 1 rejimen pesawat J-11B telah berkhidmat dengan tentera udaranya, dan telah disahkan oleh kerajaan China pada bulan Mei 2007, berikutan tersiarnya berita pesawat J-11B dalam perkhidmatan tentera udara China oleh stesyen TV kerajaan. Maklumat ini kemudiannya disiarkan oleh laman web kerajaan and suratkhabar seperti Xin Wen Hua Bao dan New Culture Newspaper. Walaubagaimana, pegawai China menolak dakwaan kekuatan 1 rejimen (3 skuadron) tetapi sebaliknya hanya terdapat 2 skuadron pesawat J-11B yang telah memasuki perkhidmatan. Berdasarkan laporan oleh pihak China (yang mana diakui oleh beberapa sumber-sumber Barat seperti Jane's Information Group), pesawat J-11B adalah lebih baik berbanding daripada Su-27SK dari segi:
Walaupun khabar angin mengatakan bahawa pesawat J-11B dilengkapi dengan peralatan untuk melakukan pengisian minyak di udara, ia mustahil untuk menentukan sama ada sebarang prob pengisian minyak di udara di pasang pada pesawat berdasarkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan China. Semasa sesi soal jawab dalam program TV oleh Phoenix Television yang disiarkan pada 17 Oktober 2007, Profesor Wang Xianghui (王湘穗) mendedahkan kecekapan tempur keseluruhan pada pesawat J-11B adalah 1.6 kali lebih baik berbanding pesawat Chengdu J-10 dan 6 kali lebih baik berbanding pesawat asal Su-27SK, akan tetapi beliau tidak mengulas lebih lanjut bagaimana parameter-parameter ini diukur. Ia tidak boleh disahkan sama ada komen-komen ini dibuat berdasarkan penilaian oleh pihak tentera udara, atau hanya dakwaan daripada pihak pengeluar. Profesor Wang juga mendedahkan bahawa pesawat J-11B yang dikeluarkan sekarang akan dilengkapi dengan enjin buatan tempatan.
Versi pesawat 2 tempat duduk seiring J-11B masih dalam pembangunan, dilaporkan sama seperti pesawat Su-30MK2/3 versi China. Khabar angin mengatakan bahawa huruf "S" merujuk kepada Shuangzuo, bermakna 2 tempat duduk dalam Bahasa China. Kewujudan pesawat J-11BS secara rasminya disahkan oleh kerajaan China pada tahun 2007, dan model pesawat J-11BS telah dipertontonkan pada 9 Jun 2007 semasa majlis perasmian muzium aero-angkasa baru di Institut Teknologi Harbin, di Ulang tahun ke-20 penubuhan Sekolah Aero-angkasa, di mana pesawat ini telah dipamerkan. Beberapa sumber-sumber luar China mendakwa kejayaan pembangunan pesawat J-11BS merupakan salah satu sebab mengapa China hilang keghairahan untuk membeli pesawat Su-30MK3. Kerajaan China kelihatan lebih berhati-hati dengan laporan rasmi hanya menyatakan projek berkenaan mempunyai harapan untuk berjaya, mengelakkan daripada mengumumkan kejayaan projek.
Kedua-dua sub-sistem udara-ke-udara SUV-VEP dan sub-sistem udara-ke-permukaan SUV-P bagi sistem kawalan tembakan pada pesawat Sukhoi Su-30MKK disesuaikan untuk menaik upaya pesawat satu tempat duduk Su-27SK dalam inventori China. Satu pasukan bersama di antara Rekabentuk Peralatan Institut Penyelidikan Saintifik Tikhomirov dan State Instrumentation Plant di Ryazan telah dinamakan sebagai kontraktor utama untuk membekalkan pakej avionik yang ditingkat upaya ke China. Sub-sistem SUV-VEP yang diubahsuai untuk meningkat upaya pesawat Su-27SK telah dikenali sebagai SUV-VE, sementara sub-sistem ubahsuai SUV-P pula dikenali sebagai SUV-PE. Penunjuk pemukaan analog asal pada di papan pemuka penerbangan pada pesawat Su-27SK telah ditukarkan dengan 2 skrin MFI-10-6M berukuran 6 in x 6 dan satu MFIP-6 MFD-LCD. Berdasarkan kenyataan Rusia semasa Pameran Udara Zhuhai ke-6, lebih 60 buah pesawat Su-27SK milik China telah ditingkat upaya sehingga penghujung tahun 2006.
Peralatan radar juga telah ditingkat upaya, tetapi penjanjian ini bukan merupakan sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani dengan kontraktor Rusia. Sebaliknya, radar telah ditingkat upaya secara beransur-ansur oleh pihak China sendiri. Tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa China tentang jenis sebenar radar yang digunakan. Khabar angin mengatakan radar jujukan fasa pasif yang telah digunakan untuk pesawat ini tidak dapat disahkan. Dengan penambah baikan peralatan radar, pesawat Su-27SK yang ditingkat upaya difahamkan mempunyai kecekapan tempur keseluruhan meningkat secara ketara, menyamai pesawat J-11B. Tidak dapat dipastika sama ada China menyambung proses tingkat upaya pesawat selepas tahun 2006 kerana tiada sebarang maklumat lanjut dikeluarkan.
Pesawat versi di kapal pengangkut pesawat yang masih belum dibina, dijangka akan digunakan setelah kejayaan yang ditunjukan oleh pesawat Sukhoi Su-33 milik Tentera Laut Rusia.
Menu
Shenyang_J-11 KelainanBerkaitan
Shenyang J-11 Shenyang J-XX Shenyang J-6 Shenyang J-8 Shenyang J-15 Shenyang Shenyang J-5 Sheng nu Shenzhen Airlines Shenty FelizianaRujukan
WikiPedia: Shenyang_J-11 http://news.hit.edu.cn/HTXYYQ http://news.hit.edu.cn/articles/2007/06-09/0618483... http://sa.hit.edu.cn/ http://www.china-defense.com/aviation/chinese_figh... http://sinodefence.com/airforce/fighter/j11.asp http://www.sinodefence.com/airforce/fighter/su27mo... http://www.sinodefence.com/airforce/fighter/su27sp... http://www.sinodefence.com/airforce/fighter/sukhoi... http://www.uscc.gov/researchpapers/2000_2003/repor... http://archive.is/if9z