Karier Shin_Hye-jeong

AOA

Rencana utama: AOA

Pada 30 Julai 2012, Hyejeong membuat penampilan pertamanya sebagai ahli AOA dalam M! Countdown menerusi album pertama mereka, Angels' Story bersama lagu "Elvis".[2] AOA telah mengeluarkan 3 album mini dan 9 lagu single.

Hyejeong juga merupakan sebahagian daripada sub-unit AOA Cream bersama Yuna dan Kim Chanmi. Sub-unit ini mengeluarkan teaser pertama pada 1 Februari 2016.[3]Teaser video muzik untuk lagu "I'm Jelly Baby" dikeluarkan pada 4 Februari 2016.[4]AOA Cream mengeluarkan lagu ini bersama video muzik pada 12 Februari 2016.[5]

Karier solo

Pada 8 Ogos 2012, Hyejeong muncul dalam drama bersiri, A Gentleman's Dignity.[6]

Hyejeong muncul dalam video muzik F.T. Island untuk lagu "I Wish" dari album Five Treasure Box yang dikeluarkan pada 10 September 2012.[7]

Pada bulan Oktober 2012, beliau dipilih sebagai peranan pembantu dalam drama Cheongdam-dong Alice.[8][9]

Pada 19 Oktober 2012, Hyejeong bersama lapan bintang lain seperti Nam Ji-hyun dan Jun. K telah disahkan akan muncul dalam rancangan tvN, The Romantic & Idol.[10][11]

Pada 6 Ogos 2013, Hyejeong telah dipilih untuk drama The Blade and Petal.[12]

Hyejeong muncul dalam video muzik Phantom untuk lagu "Seoul Lonely" yang dikeluarkan pada 19 Mei 2014. Beliau juga ditampilkan dalam promosi di beberapa rancangan muzik dengan mengambil alih bahagian Gain di dalam lagu ini.[13]

Pada 4 Mac 2015, ia telah didedahkan bahawa Hyejeong akan menjadi sebahagian daripada rancangan varieti baru MBC, "Soulmate Returns".[14]

Rujukan

WikiPedia: Shin_Hye-jeong http://www.allkpop.com/article/2012/07/fncs-new-gi... http://www.allkpop.com/article/2016/02/sub-unit-ao... http://fncent.com/AOA/b/introduce/1303 http://www.k-popculture.com/?p=3504 http://www.kpopstarz.com/articles/268075/20160203/... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://www.soompi.com/2016/02/01/new-aoa-subunit-d... http://www.tenasia.com/archives/12470 http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/115...