Shin Megami Tensei: Digital Devil Saga (デジタル・デビル・サーガ アバタール・チューナー, Digital Devil Saga - Avatar Tuner) merupakan sebuah judul
permainan video berperanan untuk
konsol PlayStation 2. Digital Devil Saga ini merupakan keluaran judul sampingan dalam siri permainan video
Shin Megami Tensei; perbezaan ketara di antara Digital Devil Saga dan siri utama adalah penumpuan terhadap sesetengah watak tertentu dan bukannya terhadap penyeruan
syaitan dan iblis untuk membantu dalam pertarungan parti. Kisah Digital Devil Saga disambung dalam judul seterusnya,
Shin Megami Tensei: Digital Devil Saga 2. Beberapa ciri penting dalam judul ini termasuklah kebolehan untuk berubah bentuk sebagai syaitan ataupun manusia di dalam pertarungan, serta penggunaan sistem press turn (tekan putar) daripada
Shin Megami Tensei III: Nocturne. Perbezaan yang besar di antara Nocturne dan Digital Devil Saga ialah keupayaan untuk mengubah kebolehan-kebolehan tertentu yang telah dipilih sesuka hati, dan tidak harus meningkatkan level. Berbeza dengan sistem Nocturne, kebolehan-kebolehan yang belum dipelajari tidak akan hilang selama-lamanya, di mana menerusi gaya ini membolehkan para pemain membentuk watak mereka mengikut kehendak. Judul ini juga mempamerkan sistem
mantra di mana Atma yang diperoleh selepas pertarungan boleh digunakan untuk "memuat turun" kebolehan-kebolehan baru di saving terminal. Atma diperoleh dengan memakan musuh di dalam pertarungan.Digital Devil Saga dikeluarkan di Jepun pada tahun 2004, di Amerika utara pada tahun 2005 dan di Eropah pada 2006. Kumpulan penyanyi
Etro Anime telah membekalkan lagu pembuka mereka dalam versi
bahasa Inggeris judul ini, iaitu "Danger", manakala lagu nyanyian
Houko Kuwashima iaitu "Pray", digunakan dalam versi Jepun dan Eropah judul ini.