Kerjaya Shuhanty_Hanafiah

Meskipun berkelulusan dalam bidang Biologi Molekul di Universiti New South Wales, Australia, Shuhanty memutuskan untuk menceburi bidang seni kerana merasakan ia menjadi jalan terbaik buatnya.

Kerjaya hiburannya bermula dengan menjadi model iklan komersial sebaik sahaja tamat pengajian. Ibunya, Zaiton Hashim pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Pahang dan Ratu Cantik Malaysia 1979. Shuhanty menyertai uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016 dan terpilih sebagai peserta Top 6 bersama Syazuwan Hassan, Amirul Faqeem dan Jaja Iliyes.