Takrifan Sievert

Mengikut Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa

Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (Comité international des poids et mesures, CIPM) menyatakan takrifan sievert mengikut SI seperti berikut:

"Dos kuantiti yang setara, H, ialah hasil dos yang diserap D sinaran pengion dan faktor tanpa dimensi Q (faktor kualiti) yang ditakrifkan sebagai fungsi pemindahan tenaga linear oleh Suruhanjaya Unit dan Sukatan Radiasi Antarabangsa (International Commission on Radiation Units and Measurements, ICRU);

H = Q × D[1]

Nilai Q tidak ditakrifkan selanjutnya oleh CIPM, namun ia memerlukan pengunaan cadangan ICRU yang relevan untuk memberikan nilai ini.

CIPM turut menyatakan bahawa "untuk memastikan sebarang risiko kekeliruan dielakkan antara dos yang diserap D dengan dos yang setara H, nama-nama khas untuk unit yang berpadanan mesti digunakan, yakni, nama gray mesti digunakan menggantikan joule per kilogram untuk unit dos yang diserap D dan nama sievert menggantikan joule per kilogram untuk unit dos yang setara H".[1]

Secara ringkasnya:

Gray – kuantiti D

1 Gy = 1 joule/kilogram – kuantiti fizik. 1 Gy ialah deposit satu joule tenaga radiasi per kg jisim atau tisu.

Sievert – kuantiti H

1 Sv = 1 joule/kilogram – kesan biologi. Unit sievert mewakili kesan biologi yang bersamaan dengan deposit satu joule tenaga radiasi dalam 1 kilogram tisu manusia. Nilai setara kepada dos yang diserap ditunjukkan oleh Q.

Mengikut Suruhanjaya Unit dan Sukatan Radiasi Antarabangsa

Suruhanjaya ini mentakrifkan sievert seperti berikut:[2]

"Sievert ialah nama khas untuk unit SI kuantiti-kuantiti dos yang setara, efektif, dan yang beroperasi. Unit ini bersamaan dengan joule per kilogram."

Berkaitan