Menu
Sigai PengenalanSigai adalah singkatan nama Sifir Garis Itamta.Sigai juga merupakan satu inovasi dalam rekreasi Matematik.Kaedah sigai melibatkan pengiraan menggunakan garisan menegak dan melintang bagi mendapatkan jawapan dalam operasi darab atau bahagi tanpa perlu menghafal sifir 2 hingga 9.Sigai dicipta untuk mengatasi masalah murid yang tidak menguasai fakta asas darab dan bahagi.Sigai untuk murid sekolah rendah dan perlu menguasai Sigai Fasa 1,Sigai Fasa 2 dan Sigai Fasa 3.Sigai Fasa 1 melibatkan kiraan 1 digit darab atau bahagi dengan 1 digit,Fasa 2 melibatkan 2 digit dan Fasa 3 melibatkan 3 digit.
Sigai dicipta oleh Encik Itamta bin Harun, PPT Guru Besar SK.Kati Kuala Kangsar. Kaedah sigai ditemui semasa beliau menyampaikan ceramah Matematik di SK.Jalong, Sg.Siput(U) dalam Program Gerak Gempur Matematik anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar,Perak. Beliau dicabar oleh seorang guru wanita di sekolah tersebut bagaimana cara atau kaedah penghafalan sifir tanpa perlu menghafal atau mengingat sifir 2 hingga 9. Akhirnya beliau mencuba beberapa kali dengan melakar garisan menegak dan melintang Fasa 1 maka terciptalah Sifir Garis Itamta atau singkatannya Sigai. Semasa itu beliau bertugas sebagai Guru Besar SK.Sg.Siput( 1993-1997).
Fasa 2 dan pengenalan konsep sigai kepada digit sifar ditemui semasa beliau mennyampaikan ceramah di Pusat Kegiatan Guru Manong, apabila seorang guru lelaki meminta bagaimana kaedah sigai yang melibatkan digit sifar (kosong). Semasa itu beliau bertugas sebagai Guru Besar SK.Manong (1998-2000) dan Pengerusi Panitia Matematik Daerah Kuala Kangsar. Pada 01.01.2001 terciptalah sepenuhnya Kaedah Sigai yang melibatkan Fasa 3 dan operasi bahagi. Pada 13.11.2001 beliau menyertai Pertandingan Anugerah Gemilang Akademik anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak di mana beliau telah menerima Anugerah Penghargaan sempena Hari Guru Negeri Perak 2001. Semasa itu beliau bertugas sebagai Guru Besar SK.Talang (2001-2006 dan 2008-2010) dan Guru Besar SK.Bendang Kering (2007)
Menu
Sigai PengenalanBerkaitan
Sigai Sigismund III Vasa Sigit Purnomo Said Sigay Sigrid Undset Sigismund, Maharaja Suci Rom Sinait Sigaracipta Sigale SighișoaraRujukan
WikiPedia: Sigai http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://bahagianazhariahsmadi.wordpress.com/2012/07... http://my.news.yahoo.com/perekacipta-terima-anuger... http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/p... http://marcomm.upm.edu.my/imarcomm/v1/storeNewsCli...