Kepercayaan Sikhisme

Kepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan dalam Waheguru - yang digambarkan menggunakan simbol suci ēk ōaṅgkār, iaitu Tuhan Universal. Sikhisme menggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan. Agama ini juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa).

Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, penggubalan penulisan enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut dan mengandungi karya-karya yang ditulis oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth Sahib telah didekri dan ditulis oleh Guru Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang terakhir. Sri Guru Granth Sahib yang pertama yang telah ditulis oleh Guru Gobind Singh masih wujud di Indian sehingga masa kini. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum pemisahan India dan Pakistan, jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.