Siklon Tropika Kencang Pam merupakan salah satu
bencana alam yang paling dahsyat dalam sejarah negara
Vanuatu.
[2] Sekurang-kurangnya 7 orang diketahui terkorban dalam negara kepulauan ini menurut pemerintah Vanuatu; sedangkan pihak Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa 16 orang terbunuh.
[3][4] Kesan daripada ribut ini turut terasa sedikit sebanyak di pulau-pulau Pasifik Selatan yang lain, terutamanya
Kepulauan Solomon,
Tuvalu, dan
New Zealand. Pam merupakan ribut kedua paling kencang di Lautan Pasifik Selatan dari segi
tekanan, mengekori
Zoe pada tahun 2002; Pam juga merupakan ribut ketiga paling kencang di Hemisfera Selatan atas ukuran yang sama, hanya mengekori Zoe daru 2002 dan
Gafilo pada 2004. Selain itu, Pam mencacatkan
kelajuan angin berterusan 10 minit yang tertinggi daripada semua
Siklon tropika Pasifik Selatan; ia menyamai
Siklon Orson dan
Siklon Monica dengan mencatatkan angin paling kencang daripada sebarang siklon di Hemisfera Selatan.Pam terbentuk pada 6 Mac di sebelah timur
Kepulaaun Solomon dan menuju ke arah selatan dengan perlahan sambil beransur-ansur mengencang. Dua hari kemudian, kekencangannya mencapai keamatan siklon tropika. Pada hari-hari berikutnya, Pam beransur kencang sebelum mencapai tahap
Kategori 5 mengikut skala-skala
Australian dan
skala Saffir–Simpson pada 12 Mac. Keesokan harinya, angin berterusan Pam memuncak pada 250 km/h (155 bsj) apabila ributnya menuju ke arah negara
Vanuatu, melewati sesetengah pulau anggotanya sambil terus melanda pulau-pulau lain. Pada 14 Mac, angin-angin Pam mula melemah tetapi tekanannya menjunam kepada minimun 896
mbar (
hPa; 26.46
inHg) dan sejurus kemudian meningkat semula. Dalam beberapa hari kemudian, pelemahan siklon ini memecut sementara ribut menuju ke arah kutub. Pada 15 Mac, Pam melewati timur laut
New Zealand lalu
beralih menjadi
siklon luar tropika.Pada awal sejarah Pam,
pusuan ribut pemusnah melanda
Tuvalu hingga memaksa
darurat setelah 45 peratus penduduk negara kehilangan tempat tinggal. Hujan mencurah-curah di bahagian tenggara
Kepulauan Solomon, terutamanya di
Kepulauan Santa Cruz. Di Vanuatu, semua pusat kecemasan dihidupkan sementara pasukan penyelamat dipersiapkan apabila Pam didapati berkemungkinan membawakan siklon tropika yang paling dahsyat hendak dialami oleh negara terbabit. Kemusnahan bencana berlaku apabila ribut ini melanda kepulauan tersebut, terutamanya di
Efate, iaitu tempat letaknya ibu kota
Ni-Vanuatu iaitu
Port Vila; serta pulau-pulau
Tafea iaitu
Erromango dan
Tanna. Siklon ini turut meruntuhkan prasarana Vanuatu apabila kira-kira 90 peratus bangunan di negara terjejas oleh kesan daripada ribut, telekomunikasi lumpuh, dan
kekurangan air terus mencengkam negara kecil itu. Kemudian Pam membawakan angin kencang dan ombak bergelora kepada
Pulau Utara New Zealand ketika ia sedang melemah.