Siklon_Tracy
Siklon_Tracy

Siklon_Tracy

Siklon Tracy ialah sebuah siklon tropika yang melanda dan memusnahkan bandar Darwin, Wilayah Utara di Wilayah Utara Australia. Tracy membadai bermula 24 hingga 25 Disember (Hari Krismas) 1974. Siklon ini merupakan siklon yang paling kompak yang dicatatkan di lembangan Australia, dengan angin kuasa ribut (gale-force winds) melewati hanya 48 km dari pusat; malah ribut ini merupakan sistem ribut paling kompak di dunia sehinggalah kemunculan Ribut Tropika Marco semasa musim hurikan tahun itu memecahkan rekod, dengan angin kuasa ribut elewati hanya 19 km dari pusat.[1][2] Selepas membentuk di Laut Arafura, ribut bergerak ke arah selatan dan menjejaskan bandar Darwin dengan angin Kategori 4 mengikut skala kekuatan siklon Australia, mahupun terdapat bukti yang menggambarkan bahawa ribut ini mencapai Kategori 3 mengikut Skala Hurikan apabila ia bertemu daratan.[3]