Etimologi Silam

Kampung Silam, Lahad Datu

Silam bermaksud Islam oleh penduduk awal di sana. Ini kerana, Silam merupakan kawasan pertama direkodkan yang menerima Agama Islam di Lahad Datu, oleh Suku Kaum Idahan iaitu penduduk Asal Silam dan majoriti penduduk Silam pada hari ini adalah Islam.

Sejarah Silam

Mengikut Sejarah Silam, Silam merupakan pusat pentadbiran dan penempatan awal di Daerah Lahad Datu, Beberapa daerah di sekitar Silam juga pernah berada di bawah pentadbiran Silam. Antaranya ialah daerah Kunak dan Semporna yang ditubuhkan pada 10 Mei tahun 1887. Namun disebabkan faktor perbelanjaan dari segi pentadbiran, pusat pentadbiran di Semporna telah diletakkan di bawah Silam.

Pekan Silam telah diserang oleh kuasa tertentu pada ketika itu. Mengakibatkan ramai orang lari ke Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Yang hanya tinggal di Pekan Silam, kini Kampung Silam Lama hanya Batu Asas Bandar Silam.

Teluk Kennedy, Silam