Silat_Terlak_Selangor

Silat Terlak telah dibawa ke Hulu Langat, Selangor oleh Ali Ahmad bin Yusof pada tahun 1932 semasa beliau berumur 18 tahun daripada sebuah kampong bernama Tuyek yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Setelah Ali Ahmad kembali ke rahmatullah pada taun 1986, perkembangan silat ini telah diteruskan oleh Ibrahim bin Jusan, Adnan bin Ali Ahmad, dan Zakaria bin Ismail. Pada mulanya, Silat Terlak diajar kepada beberapa orang murid yang berasal dari Minangkabau di gelanggang pertamanaya di Kampung Bukit Raya, Hulu Langat, dan pada tahun 1974, kelas silat ini mula dibuka kepada umum. Pada hari ini gelanggang utama silat ini terletak di balairaya Kampung Sungai Raya, Hulu Langat.